Tuesday, 23 July 2013

Popia Gulung Mini Serunding Kelapa Udang Kering


Assalamualaikum chinta :*

Honestly malam ni memang I takde mood langsung nak buat apa apa since kepala sakit berdenyut denyut and I don't know why :'( But since pesan Angah - my second sista , belum tertunai so terpasalah I tahankan mata ni kejap . Plus kalau I baring pun mesti belum boleh tidur because according to my body sistem , 12.00 am is still to early to get some sleep . Hehoheho *macam bunyi keldai tak i gelak?lol

Well actually Angah suruh I cari resipi Popia Gulung , sebab Mak nak . So since I yang asyik online sahaja , baiklah I tolong carikan resipi tu . Mak mesti tengah berkobar kobar nak buat kuih raya , tapi kesian Mak sebab oven dah tak boleh guna , hanya boleh buat kuih goreng goreng saje :( Takpe Mak sabar okayy . Nanti kerja I belikan untuk Mak . Janji :') InsyaAllah semoga dipermudahkan segalanyaaa .

So meh I kongsikan resipi Popia Gulung Mini yang I dah jumpa dan alter ni . Hihihi . Setelah beberapa lama web I google rupa rupanya baru I tahu Popia Gulung tu telah dimodenkan menjadi beberapa perisa baru . Antaranya tradisional Popia Gulung Serunding , Popia Gulung Nestum , Popia Gulung Horlick , Popia Gulung Nestum + Horlick , Popia Gulung Milo dan lain lain . Banyak pulak tetiba -..-'

Yang Mak berminat nak buat tu yang serunding kelapa . So here's the resipi Mak ! :D Special for you di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini :)) 


POPIA GULUNG MINI SERUNDING KELAPA UDANG KERING


Bahan bahan serunding :

1 biji kelapa parut
3 sudu besar udang kering (rendam sampai lembut , tos dan blend / kisar halus)
2 sudu cili kisar
8 ulas bawang merah ( blend )
2 ulas bawang putih ( blend ) 
1/2 inci lengkuas (blend )
3 batang serai (hiris halus halus halus / blend lagi senang :D )
1 sudu ketumbar (blend kering)
1/2 sudu jintan manis / jintan kasar ( blend kering)
1/2 sudu jintan putih / jintan halus ( blend kering )
1/3 sudu serbuk kunyit
1/4 cawan air asam jawa
3 helai daun limau purut (jangan banyak nanti terasa sangat )
garam gula secukup rasa 


Cara membuat serunding :

1. Gaul kelapa parut + serbuk kunyit sampai sebati . Sagaikan dalam kuali sekejap . *untuk orang orang seperti I yang tidak begitu pandai memasak, SAGAI itu goreng tanpa minyak ye sayangss

2. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali dan panaskan . Tumiskan semua bahan bahan blend *kisar halus ( bawang merah , bawang putih , lengkuas , ketumbar , jintan manis / jintan kasar , jintan putih / jintan halus , serai ) sampai naik bau yang harum itu . Hihihi . 

3. Masukkan cili kisar *kalau suka pedas boleh letak lebih sedikit dan udang kering . Tumis sampai pecah minyak *again.untuk orang orang seperti I,pecah minyak tu ialah masak sampai keluar minyak dari cili tu Guna api perlahan nanti hangus pula :p

4. Masukkan garam gula secukup rasa . Agak agak tak sedap bolehlah tambahkan Ajinomoto tak sihat kegemaran I tu . Lol . Then masukkan daun limau purut *cuci dulu ya dan air asam jawa *sila buang biji nanti tercekik susah pula :p Kacau kacau kacau sampai masak . 

5. Akhir sekali masukkan kelapa yang telah disagai sekejap tadi dan masak sehingga kering . Tadaaaa ! Siap sudah serunding kelapa udang kering kita pada hari ini . Meh google gambar sikit :p





Bahan bahan membuat kulit popia : 

Semestinya kulit popia itu sendiri ! Hehehe


boleh guna apa apa brand pun tak menjadi masalah. asalkan HALAL :)



Cara menggulung kulit popia :

Sebab susah nak explain , mari kita lihat tutorial bergambar ini . Maaf kalau bertambah merunsingkan . Hahaha






ini rupa popia bila siap di gulung



Cara membuat Popia Gulung Mini Serunding Kelapa Udang Kering :

1. Panaskan minyak yang banyak ke dalam kuali , lalu gorenggkan popia . Goreng dengan api yang kecil . Apabila popia sudah masak kekuninganangan , angkat dan jangan lupa toskan minyak . Minyak = kolestrol = tak baik untuk kesihatan oulls . 

Tadaaa ! Siap untuk dijadikan kudap kudapan ! :D 



Tips : 
1. Letakkan kain basah atas kulit popia yang belum di bungkus untuk elak kulit popia jadi keras
2. Lebihkan gula sedikit sebab serunding seharusnya manis :)
3. Serunding ada macam macam jenis - serunding daging , ayam , ikan etc . So boleh la pelbagaikan inti serunding Popia Gulung Mini kita ni :)

Till then,
XOXO
D  

5 comments: